fbpx
WAN CHOO menunjukkan Fa Gao yang ditempah pelanggan ketika ditemui di Kampung Baru Gua Musang semalam.

Ramai cari Fa Gao Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang wanita mendapat rezeki berganda apabila menjual lebih 1,000 kuih Fa Gao menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Cheong Wan Choo, 57, berkata, Fa Gao merupakan kuih turun-temurun masyarakat Cina yang dimasak dengan kaedah kukus.

“Penggunaan warna merah jambu dicampur kuning dan struktur kuih merekah membawa maksud lebih ‘ong’ atau tuah dan ‘huat’ iaitu kekayaan.

“Fa Gao sering digunakan dalam upacara sembahyang ke­rana dipercayai membawa tuah dan rezeki yang semakin berkembang,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru di sini semalam.

Wan Choo memberitahu, bahan bagi menyediakan kuih itu adalah nasi, tepung beras dan gula yang perlu diperam bersama ragi selama kira-kira dua hari.

Katanya, bahan itu kemudian dikisar sebelum dimasukkan ke dalam kertas acuan dan dikukus.

“Fa Gao tidak boleh disediakan terlalu awal kerana kebanyakan pelanggan hanya membuat tempahan hampir dengan hari perayaan.

“Jika buat awal, pelanggan tidak mahu simpan dalam peti sejuk kerana mereka perlu kukus semula,” katanya.

Wan Choo menggunakan me­sin yang menghasilkan lebih 100 biji kuih dalam satu masa dan dijual pada harga RM1 sebiji dan saiz besar dijual RM5.50.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN