JAKARTA – Seorang pemandu teksi di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila memulangkan wang tunai sebanyak 180 juta rupiah (RM41,724) yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh penumpang, lapor portal berita Lambe Turah.
Penumpang tersebut merupakan seorang usahawan bernama Martin ML Pasaribu.
Martin berkata, dia tertinggal sebuah beg mengandungi gaji pekerjanya di dalam teksi milik syarikat pengangkutan Bluebird dengan nombor pendaftaran BDE 6142.
Kebimbangan Martin berakhir apabila pemandu teksi dikenali sebagai Aditya memulangkan wang tersebut di syarikatnya.
Martin cuba menawarkan duit sebagai upah tetapi ditolak oleh Aditya.
“Aditya menolak pemberian itu kerana ia merupakan tanggungjawabnya untuk memulangkan barang-barang penumpang,” kata Martin. – AGENSI














