fbpx
MUHAMMAD (tiga dari kiri) menunjukkan syabu yang diisi dalam pek kopi berwarna biru dan dan merah di IPK Perlis di Kangar, hari ini.

Suspek bawa syabu RM4.9 juta rempuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tindakan seorang lelaki tempatan memandu secara agresif dan merempuh kenderaan pasukan serbuan membawa kepada satu das tembakan di Jalan KTMB di Padang Besar pada Isnin lalu.

Dalam operasi sekitar pukul 9 malam itu, polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta dipercayai diseludup dari negara jiran.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhamad Abdul Halim berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 Ulu Kinta, Perak hasil maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dadah.

“Pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna biru dipandu suspek menemukan empat guni putih mengandungi dadah disyaki jenis syabu dengan berat keseluruhan 98.73 kilogram.

“Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM4,936,600 dan dipercayai menggunakan laluan tikus di sempadan Padang Besar Malaysia-Thailand sebagai laluan penyeludupan sebelum dihantar ke selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.

Menurut beliau, semasa operasi dijalankan, suspek bertindak agresif dengan memandu secara melulu sehingga membahayakan pasukan serbuan.

“Tindakan suspek menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta bagi tujuan melindungi nyawa pasukan serbuan. Suspek mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki akibat tindakannya merempuh kenderaan milik pasukan serbuan,” ujarnya.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif ketamin selain mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan ketum.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu merosakkan seramai 493,650 orang sekiranya berjaya diedarkan dalam pasaran. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman sehingga 16 Februari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN