fbpx
RAONAH (kanan) bersama ahli keluarganya memindahkan air yang dibekalkan pihak Ranhill SAJ di Kampung Batu Enam, Machap, Kluang semalam. – Adnan Ibrahim

‘Nak mandi sekali sehari pun susah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sebahagian pendu­duk di Kampung Batu Enam, Ma­chap, di sini mencatu kegunaan air dengan terpaksa mandi sehari sekali, manakala membasuh baju empat hari sekali.

Keadaan itu terpaksa dilakukan walaupun bekalan air dibuka selama 36 jam selepas penutupan 36 jam apabila bekalan air tetap tidak dapat diperolehi berikutan tekanan air rendah dan hanya mengharapkan air bersih diedarkan oleh pihak Ranhill SAJ semata-mata.

Penduduk Kampung Batu Enam, Raonah Jamal, 65, berkata, untuk tiga buah rumah keluarganya, mereka hanya bergantung harap kepada empat tong air berkapasiti 30 liter yang dibeli sendiri untuk kegunaan sepanjang hari.

Jelasnya, walaupun penghan­taran dilakukan sebanyak dua kali sehari namun jumlah air yang dapat disimpan itu terpaksa dicatu bagi membolehkan 14 orang yang tinggal dalam tiga buah rumah itu mencukupi.

“Kami amat berharap feno­mena kekurangan air di Empangan Machap ini akan berakhir segera seterusnya membolehkan air dapat disalurkan seperti biasa apatah lagi ketika umat Islam akan menyambut Ramadan ­minggu hadapan.

“Jika keadaan ini berlarutan, dibimbangi bekalan air akan ditutup dalam tempoh lebih panjang dan seterusnya menyukarkan pen­duduk mendapat bekalan un­tuk urusan seharian,” katanya ke­pada Kosmo! semalam.

Sementara itu, peniaga kedai makan, Norati Lan, 61, mengha­rapkan bekalan air yang diagihkan ketika ini dapat disalurkan te­rus ke dalam tangki besar di belakang kedainya bagi memudahkan urusan memasak makanan untuk jualan setiap hari.

“Walaupun ada menyediakan lima tong simpanan air di tepi kedai saya, namun ia tidak mencukupi selain menyukarkan urusan seharian terutama untuk kerja-kerja membasuh makanan dan pinggan mangkuk.

“Meski kurang mendapat bekalan air, kami terpaksa terus menjalankan perniagaan kerana tanpa pekerjaan ini kami tidak mempunyai pendapatan untuk menyara ahli keluarga,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN