fbpx
Gambar Hiasan

Tikam leher, badan isteri 13 kali sebelum ambil nyawa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan tikaman pada leher dan badan di dalam bilik sebuah kediaman di Sunway SPK Damansara, Kepong di sini semalam.

Dalam kejadian terbabit, dipercayai si suami telah membunuh isteri sebelum mengambil nyawa dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima penggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 11.43 pagi.

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian telah menjumpai mayat lelaki tempatan berusia 54 tahun dengan kesan tikaman di bahagian leher.

“Pemeriksaan terhadap mayat wanita berusia 52 tahun menemukan 13 tikaman iaitu 10 di leher selain dua di badan dan satu di tangan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini

Sukarno berkata, motif pembunuhan dipercayai adalah kerana perselisihan faham antara kedua-dua si mati yang merupakan pasangan suami isteri.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN