fbpx
Gambar hiasan.

Ibu bapa kanak-kanak maut minum methadone ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menahan ibu bapa tiga kanak-kanak yang dikejarkan ke hospital dipercayai akibat diberi minum cecair berbahaya, methadone bagi membantu siasatan selepas seorang daripada kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berhubung tiga kanak-kanak lelaki warga tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan, kira-kira pukul 9.01 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia kira-kira 11 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Dua lagi mangsa masing-masing berumur sekitar 10 dan 5 tahun kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shazeli berkata, susulan kejadian itu, polis telah menahan ibu dan bapa mangsa berusia lingkungan 35 dan 44 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohamad Razlan Arif di talian 016-4730452 atau bilik gerakan IPD Kajang di talian 03-89258222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI