fbpx
KEPULANGAN Havertz daripada kecederaan menjadikan jentera serangan Arsenal ketika ini lebih tajam. - AFP

Havertz jawapan Arsenal julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal perlu menjadikan Kai Havertz sebagai penyerang utama sehingga penghujung musim ini jika pasukan itu benar-benar serius mahu menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pandangan itu disuarakan oleh bekas penyerang antarabangsa England, Emile Heskey yang menganggap Havertz memiliki kualiti lebih baik berbanding dua lagi penggempur The Gunners musim ini, Viktor Gyokeres dan Gabriel Jesus

Kata Heskey, bintang Jerman itu telah pulih daripada kecederaan pada masa yang tepat untuk menguatkan lagi jentera serangan Arsenal dan sepatutnya wajar diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Saya suka melihat Kai Havertz beraksi dan dia sepatutnya menjadi pilihan utama pengurus, Mikel Arteta di bahagian serangan pasukan.

“Walaupun ketika dia menerima kritikan hebat kerana pergerakannya tidak agresif, tetapi dia tahu apa yang dilakukan dan ada hala tuju di atas padang.

“Havertz bukan sahaja mencipta ruang untuk dirinya sendiri, malah membantu rakan sepasukan. Situasi ini menunjukkan dia pemain tidak pentingkan diri, sesuatu yang jarang ada dalam kalangan penyerang moden.

“Apa yang pasti, Arsenal kini memasuki fasa yang penting (untuk memburu kejuaraan EPL) dan kehadiran Havertz menambah sengat baharu di jentera serangan kerana dia pemain yang boleh dijadikan sandaran pasukan,” katanya.

The Gunners yang kini gah mendahului carta EPL berpeluang melebarkan jurang kelebihan pada aksi menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN