MSM26 dimulakan dengan Pertandingan ‘Ngail De Baruh’ yang bertemakan pancingan tradisional pada hari pertama penganjuran. Menggunakan joran daripada alam, umpan semula jadi serta digalakkan mengenakan busana tradisional. Acara ini mendapat perhatian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu dengan kehadiran Pengarah JKKN, Zubariah Abdullah. Pertandingan sebenar berlangsung pada hari kedua dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dengan melibatkan penyertaan seramai 224 pemancing termasuk dua wanita dan dua pemancing di bawah umur 12 tahun. Hari kedua juga, MSM26……














