SEIRING evolusi dunia maya sempadan, populariti agamawan terutama golongan pendakwah yang menyerlah di laman sosial kini semakin setara dengan status seorang selebriti. Bagaimanapun, seperti personaliti tersohor lain, setiap langkah serta tindakan golongan pendakwah ini pastinya sentiasa berada di bawah radar serta frekuensi netizen. Suka atau tidak, kelompok yang dihormati ramai itu perlu menerima hakikat andai salah seorang daripada mereka ‘tergelincir’, kesannya pasti terpercik ke rakan seperjuangan lain. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Ketika timbul beberapa kes siasatan polis dan……














