fbpx
KEMALANGAN membabitkan Perodua Myvi dan Toyota Hilux di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah.

Dua wanita maut akibat tersepit, Myvi bertembung Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU GAJAH – Dua wanita maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Kampung Batu 1, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah semalam.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 34 dan 65 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua mangsa itu tersepit di bahagian pemandu dan dan penumpang hadapan kereta Perodua Myvi.

“Ketua operasi melakukan ‘size up’ dan seterusnya melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN