fbpx
Tangkap layar klip video aksi terbabit

Majlis kahwin ‘lain macam’ rakan pengantin tabur RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bukan sekadar bunga manggar atau kompang yang mencuri tumpuan, tetapi cara sambutan sebuah majlis perkahwinan pasangan Malaysia–Pakistan ini benar-benar ‘lain daripada yang lain’.

Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan sekumpulan rakan pengantin lelaki warga Pakistan menabur wang kertas RM1 berjumlah RM4,000 ke udara di hadapan keluarga pengantin perempuan.

Wang tersebut kemudiannya dilihat dikutip oleh ahli keluarga pengantin perempuan yang hadir di majlis berkenaan, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Perkongsian itu mengundang perdebatan hangat, dengan sebahagian pengguna media sosial menganggap tradisi berkenaan romantik, manakala yang lain menyifatkannya tidak wajar.

“Korang rasa lelaki Melayu berani tak buat macam ni, sebab tu banyak perempuan Melayu suka Pakistan. Baik, romantik dan bertanggungjawab,” komen Adam.

“Kalau saya tak ingin nak kutip. Ddah macam bagi ayam makan, harga diri saya lagi mahal daripada duit-duit tu,” tulis Shah S.I.

“Amalan yang tidak baik. Amalan melahirkan sifat riak dan sombong dan merendahkan orang lain,” kata Abahku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN