fbpx
Gambar hiasan

Guru tuisyen maut jatuh kondo di Bandar Tun Hussein Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang guru tuisyen wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 24 tahun yang tinggal bersama keluarga dan mempunyai masalah peribadi itu dijumpai dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.05 petang dan keputusan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan lanjut tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Raqib Abu Bakar di talian 0178806636.

Polis menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai masalah peribadi dan memerlukan bantuan untuk menghubungi Talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor bertauliah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN