fbpx
Gambar hiasan

Bantuan Sara termasuk makanan sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) merangkumi makanan sejuk beku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembabitan kedai runcit kecil dalam pelaksanaan Sara juga ditingkatkan kepada 10,000 menjelang hujung tahun ini.

“Bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad.

“Namun, ramai membangkitkan supaya diperluaskan kategori barangan jadi, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan Sara merangkumi makanan sejuk beku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara hari ini.

Tambah Anwar, sekali lagi diingatkan bahawa, bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.

“Maknanya, isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.

“Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan,” kata Perdana Menteri.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN