fbpx
Antara wanita warga Afrika yang ditahan di sekitar Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Ingatkan melancong, rupa-rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 11 wanita warga Afrika yang disyaki terbabit kegiatan pelacuran ditahan di sekitar Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Operasi yang bermula pada pukul 2 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

JSJ Kuala Lumpur berkata, serbuan tersebut dilaksanakan hasil risikan pihaknya selama dua minggu.

“Hasil serbuan berjaya menahan 11 wanita bersama kondom yang disyaki digunakan bagi aktiviti tidak bermoral tersebut.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Ghana, Uganda dan Nigeria disyaki menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu memasuki Malaysia dengan menggunakan pas pelancong dan menjadikan kegiatan pelacuran sebagai punca pendapatan.

Risikan turut mendedahkan kegiatan tersebut tidak dilindungi oleh mana-mana sindiket, sebaliknya wanita warga asing tersebut bergerak secara solo.

“Suspek dipercayai menyasarkan pelanggan yang datang berhibur di sekitar kawasan tersebut dan aktif menawarkan perkhidmatan itu sejak sebulan lalu.

“Tawaran seks dilakukan di kaki lima kawasan Bukit Bintang dan hotel bajet di kawasan sekitar atau dibawa ke tempat persendirian pelanggan,” ujarnya.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN