fbpx
SEBAHAGIAN haiwan ternakan yang dipercayai diseludup, dirampas dalam Op Taring Kandang di Jalan Gerik-Baling hari ini.

Tak sempat pindah kambing, lembu lebih setengah juta ke utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Sebanyak 117 ekor kambing dan 18 ekor lembu dipercayai diseludup dari negeri di Pantai Timur bernilai RM686,300 dirampas dalam Op Taring Kandang di Jalan Gerik-Baling, di sini hari ini.

Operasi pada pukul 3.30 hingga 4 pagi itu dijalankan Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, dalam operasi itu, seramai empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 35 tahun ditahan.

Mereka dipercayai terbabit dalam operasi memindahkan haiwan ternakan dari Pantai Timur ke utara tanpa permit atau dokumen kebenaran bertulis daripada JPV.

“Pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan itu menemukan sejumlah lembu dan kambing. Siasatan awal mendapati kesemua haiwan itu diseledup dari negara jiran melalui laluan tikus di sempadan negara,” katanya hari ini.

Modus operandi yang digunakan pemandu dan kelindan lori adalah dengan menutup bahagian belakang lori dengan kain kanvas. Keempat-empat lelaki itu dipercayai menjalankan kegiatan tersebut beberapa kali sejak tiga bulan lalu.

“Kes diserahkan kepada JPV Perak untuk siasatan mengikut Perenggan 3(a) Perintah Menteri Besar bagi Perintah Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Perak 2008 dan Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN