DALAM landskap perubatan moden yang semakin kompleks, aspek rawatan tidak lagi tertumpu kepada fizikal semata-mata, sebaliknya merangkumi kesejahteraan emosi dan kerohanian pesakit. Menyedari kepentingan tersebut, peranan asatizah hospital kini semakin mendapat perhatian sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan holistik negara. Ikuti wawancara wartawan Kosmo! Ahad, Mohd. Fahmi Ismail dengan Ahli Majlis Penasihat Syariah Hospital Pakar An-Nur, Prof. Madya Dr. Hamidah Mat bagi mengupas secara mendalam peranan, cabaran dan masa depan profesyen asatizah hospital di Malaysia. KOSMO! AHAD: Apakah yang dimaksudkan…














