fbpx
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Watanabe bersama tiga isteri dan anak-anak mereka. – AGENSI

‘YouTuber’ 3 isteri kini melarat, tinggal dalam kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Seorang pempengaruh laman perkongsian video YouTube (YouTuber) popular di Jepun yang mengamalkan poligami, mengalami keruntuhan keluarga apabila beberapa isteri meninggalkannya, lapor sebuah laman berita.

Lelaki berkenaan, Ryuta Watanabe secara rasmi mengumumkan bahawa struktur keluarga besarnya runtuh.

Selepas bertahun-tahun mempromosikan gaya hidup memiliki empat isteri, impian Watanabe berakhir apabila dua isteri meninggalkannya.

Isteri pertama dan isteri ketiga dilaporkan lari ke rumah ibu bapa masing-masing dengan membawa bersama empat anak mereka.

Watanabe mengaku bahawa keluarganya berpecah kerana berdepan kesukaran kewangan yang teruk selain  perbalahan mengenai gaya hidupnya.

Menurutnya, dia kini hanya mempunyai wang cuma 11,000 yen (RM277) dalam akaun banknya.

Pesohor YouTube itu juga kini tinggal di dalam sebuah kereta bersama isteri keduanya yang tidak mempunyai anak.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN