fbpx
Ustaz Azhar Idrus

Orang bukan Islam boleh guna perkataan alhamdulillah – Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Perkataan yang kerap digunakan oleh umat Islam antaranya alhamdulillah dan insya-Allah sememangnya boleh digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, sesiapa sahaja boleh menggunakan perkataan tersebut selagi tidak mempunyai niat yang buruk atau maksud lain.

Jelasnya, penggunaan istilah itu bukan hanya dikhususkan kepada muslim sahaja bahkan makhluk lain seperti tumbuhan juga mengucapkan perkataan sama.

“Orang bukan Islam guna istilah itu selagi mana mereka tidak mempersendakan Islam. Jika dia dengar kita sebut alhamdulillah lepas makan, dia pun tiru. Itu bagus.

“Semoga meresap dalam jiwa dia, Imam Nawawi berkata, jika orang bukan Islam menggunakan istilah itu untuk mempersenda barulah pemimpin boleh menegurnya,” katanya menerusi klip video ceramah baru-baru ini.

Tambahnya, tumbuhan dan binatang juga menyebut perkataan tersebut.

“Inikan pula manusia, semoga diberi hidayah dan doakan dia kecuali digunakan atas maksud mempersenda Islam, itu tidak boleh.

“(Orang) Bukan Islam nak pasang pendingin hawa di surau pun boleh, itu harus. Yang tidak boleh (adalah) mereka menjadi imam dan kita ikut (makmum),” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI