fbpx
Anggota bomba ketika operasi membawa keluar mayat mangsa di tapak pembinaan, Jalan Residensi, hari ini.

Pemandu maut lori simen terjatuh di tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori simen dilaporkan maut apabila kenderaan berat yang dia pandu itu dikatakan terjatuh ke kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Mangsa yang merupakan warga Indonesia itu ditemukan dalam keadaan tersepit di bahagian hadapan lori. Difahamkan, mangsa merupakan pemandu gantian sementara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.29 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari BBP Jalan Perak dengan bantuan BBP Lebuh Pantai.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori simen yang telah terjatuh akibat hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan. Terdapat seorang mangsa telah tersepit di bahagian pemandu.

“Kerja-kerja penyelamatan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas dengan dibantu sebuah kren yang turut berada di lokasi. Mangsa berjaya dibawa keluar pada pukul 12.55 tengah hari tadi.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 13.16 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN