fbpx
Mohd. Asri.

Pertahankan rumah ibadat haram bererti pertahankan pencerobohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong bantahan terhadap kewujudan rumah ibadat yang dibina secara tidak sah.

Menurut beliau, bantahan tersebut selari dengan peruntukan undang-undang berkaitan pembinaan rumah ibadat di negara ini.

“Perjuangan menentang rumah ibadat yang dibina secara haram adalah perjuangan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Mempertahankan rumah ibadat haram bererti mempertahankan pencerobohan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah badan bukan kerajaan merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak tindakan diambil terhadap rumah ibadat yang dibina secara haram.

Beberapa pemimpin politik termasuk Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Parameswaran Ganason namun melahirkan kebimbangan terhadap penganjuran perhimpunan itu.

Mereka menggesa kerajaan menyekat perhimpunan tersebut yang didakwa berpotensi untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini pula berkata, himpunan itu untuk menjunjung penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

“Sewajarnya tidak perlu ditakuti dan dihalang. Tidak perlu mana-mana pihak rasa takut.

“Ia berbeza dengan himpunan menuntut hak yang dilarang di dalam Perlembagaan. Contohnya Himpunan Pro Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN