fbpx
RONALDO dilaporkan kecewa apabila PIF enggan memberi dana kepada Al Nassr untuk mendapatkan pemain baharu bagi menambah kualiti kelab. - AFP

Ronaldo buat ‘perangai’ di Al Nassr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Bintang sensasi kelab Al Nassr, Cristiano Ronaldo melancarkan ‘mogok’ selepas enggan diturunkan dalam aksi Liga Pro Arab Saudi yang menyaksikan pasukannya menang 1-0 ke atas Al-Riyadh kelmarin walaupun tidak mengalami kecederaan atau penggantungan.

Menurut laporan, Ronaldo mencetuskan ‘drama’ baharu sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) yang bersikap tidak adil selepas enggan menandatangani pemain berkualiti pada jendela perpindahan yang berakhir semalam.

Ronaldo yang kini berusia 41 tahun mengakui sangat kecewa kerana meletakkan harapan tinggi supaya Al Nassr dapat mencabar gelaran berprestij selepas gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan sejak beberapa musim lepas.

Situasi bertambah panas apabila PIF mengeluarkan dana yang besar untuk satu lagi kelab miliknya, Al-Hilal apabila menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang seperti Karim Benzema, Pablo Mari dan Mohamed Kader Meite.

Sebagai rekod, Ronaldo telah menandatangani lanjutan kontrak bersama Al-Nassr tahun lalu sehingga penghujung musim 2027 dengan gaji harian mencecah £500,000 (RM5.39 juta) dan kekal sebagai tonggak utama pasukan dengan 17 gol dalam 18 perlawanan liga musim ini.

Al-Nassr bakal berdepan aksi penting menentang satu lagi kelab milik PIF, Al-Ittihad pada Jumaat ini dan tumpuan pastinya terarah sama ada Ronaldo akan kembali mengetuai jentera serangan atau terus ‘merajuk’ dengan pihak pengurusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI