fbpx
RASHFORD berjaya mengembalikan kualitinya sebagai antara penyerang terbaik dunia bersama Barcelona musim ini. - AFP

EPL: Carrick mahu bawa pulang bintang sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus interim Manchester United, Michael Carrick berikrar untuk membawa pulang bekas bintang sensasi kelab itu sekiranya beliau diberikan tanggungjawab mengemudi kelab itu secara tetap.

Carrick dilaporkan berminat dan sedia mengembalikan zaman kegemilangan Marcus Rashford yang ketika ini sedang beraksi bersama Barcelona sebagai pemain pinjaman dan dianggap pemain buangan ketika era Ruben Amorim.

Di Camp Nou, Rashford berjaya mengembalikan kualitinya apabila berjaya meledak sembilan gol dan 12 umpanan jaringan dalam 31 penampilan menyebabkan Carrick percaya pemain itu masih mampu untuk kembali menjadi bintang di Old Trafford.

Barcelona berpeluang untuk mendapatkan khidmat Rashford pada harga yang cukup murah pada hujung musim ini, namun mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan ekoran isu kewangan yang masih membelenggu.

Laporan terbaharu itu menyebabkan gergasi La Liga berkenaan perlu segera membuat keputusan mengenai masa depan Rashford ketika Carrick yang memiliki pengalaman beraksi dengan pemain itu mahu membawanya pulang.

Carrick percaya Rashford mampu untuk bersinar dan kehadiran pemain itu bakal memberi nilai tambah buat pasukan ketika United kini kembali bermain dengan formasi tradisi, sekali gus mampu menyerlahkan kualitinya semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN