fbpx
Gambar Mohamad sedang menjala yang dikongsikan di Facebook miliknya, baru-baru ini.

‘Cuba teka ikan apa yang Bang Mat dapat?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Cuba teka ikan apa yang Bang Mat dapat?”.

Itu soalan yang dikemukakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, yang berkesempatan mempamerkan bakat menjala, baru-baru ini.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan adalah definisi keterjaminan makanan yang sebenar.
“Menjala ni nampak ringkas, tapi di sinilah bermulanya punca rezeki. Banyak atau sikit, syukur tetap nombor satu!

​”Bagi Bang Mat, inilah keterjaminan makanan yang sebenar. Rezeki daripada usaha sendiri dan alam yang kita jaga.

“Selagi kita rajin berusaha, insya-Allah rezeki takkan putus dan dapur akan terus berasap,” katanya menerusi media sosial miliknya.

Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan, Mohamad mendedahkan bahawa beliau berjaya menuai hasil sebanyak 40 kilogram ikan tilapia yang diternaknya menerusi kolam di halaman rumah.

Beliau berkata, hasil tuaian tersebut diperolehi hasil daripada penternakan ikan sungai itu setelah genap dua bulan pembelaan.

Selain itu, Mohamad pada tahun lalu turut memanfaatkan kawasan di kediaman rasmi dengan menyemai kira-kira 1,000 benih bawang Rose Ehsan.

Jelas beliau, inisiatif itu selaras dengan komitmen bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI