fbpx
Antara gambar yang disunting pengguna media sosial.

Abdur Rahman mohon bantuan ‘satukan’ arwah keluarga dalam foto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permintaan Abdur Rahman Amir Ruddin, 21, untuk menyunting gambar perkahwinannya bersama kesemua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Abdur Rahman meluahkan hasrat agar arwah ibu, bapa dan adik-beradiknya dapat ‘disatukan’ dalam satu foto kenangan walaupun hanya melalui hasil suntingan gambar.

“Siapa yang ada edit gambar paling real, saya nak letak dalam bingkai di sebelah katil supaya hari-hari saya boleh tengok ibu, abi dan adik-adik,” katanya.
Terdahulu, Abdur Rahman pernah diuji kehilangan enam ahli keluarga serentak dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 5, Jalan Segamat, Johor, kira-kira tiga tahun lalu ketika usianya baru 19 tahun.

Dalam kejadian itu, ibunya, Norahimah Noor Muhamad, 43, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekali gus menjadikannya yatim piatu.

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir yang kini berusia 17 tahun dan turut berada di dalam kenderaan ketika kejadian itu dilaporkan mengalami kecederaan parah, namun telah pulih sepenuhnya.

Pada 14 Disember lalu, Abdur Rahman dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dan berharap foto perkahwinan yang disunting bersama arwah ahli keluarganya dapat dijadikan kenangan untuk tatapan setiap hari.

Permintaan suami kepada Wahidatul Imtiyazzah itu mendapat perhatian ramai apabila orang awam tampil membantu menyunting gambar seperti diminta selain ada yang mendoakan agar dia dan adiknya, Abdullah Amir terus kuat.

“Masya-Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Hanya sekeping gambar tapi sangat bermakna buat Rahman,” kata Eza Mohd Zin.

“Allahuakbar, masih ingat lagi tragedi ini…enam orang sekali tu. Terima kasih orang baik tolong edit (sunting) gambar keluarga adik ni. Cantik sempurna sangat-sangat. Boleh jadi kenangan buat dia nanti,” komen Nur Ashikin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN