fbpx
Norsiah menunjukkan gambar Allahyarham Zahruillail ketika ditemui di Taman Sultan Abdul Halim Tanjung Bendahara, Alor Setar hari ini.

Mangsa bunuh bakal bernikah Jumaat depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Eksekutif bank wanita yang maut dipercayai dibunuh di rumahnya di Tanjung Bendahara, di sini hari ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Jumaat depan.

Menurut ibu tiri mangsa, Norsiah Yahya, 65, Allahyarham Zahrullail Basir, 52, dan tunangnya yang berusia 57 tahun datang menziarahnya di Teluk Intan, Perak pada Selasa minggu lalu bagi membincangkan majlis pernikahan dan persandingan pasangan tersebut pada 13 dan 14 Februari ini.

“Majlis itu akan diadakan di rumah kami di Teluk Intan. Arwah bersama tunangnya datang untuk berbincang mengenai persiapan terakhir. Arwah gembira untuk berkahwin semula dan semua persiapan sudah dilakukan termasuk hantaran.

“Tidak sangka jadi begini. Majlis perkahwinan itu akhirnya akan menjadi majlis tahlil,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Zuriani, 47, memberitahu, mereka sekeluarga tidak menyangka kejadian pembunuhan kejam tersebut terjadi kepada arwah memandangkan wanita itu baru hendak memulakan kehidupan baharu.

“Arwah sudah lama hidup sendirian. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan kawan lama, dia sungguh gembira. Namun ini kesudahannya. Setakat ini kami masih menunggu siasatan polis.

“Anak saudara saya ada beritahu abangnya yang tinggal di Pulau Pinang pulang ke rumah mereka pada pukul 4 pagi tadi dan menghilangkan diri pagi ini,” katanya.

Tambahnya, anak sulung arwah yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lalu dikatakan jarang pulang ke rumah ibunya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN