fbpx
Perkongsian poster kos pengurusan jenazah di sebuah masjid.

Kena ada RM1,260 urus satu jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Paparan senarai kos pengurusan jenazah yang didakwa serendah RM1260, mencuri perhatian ramai di media sosial.

Hantaran di Instagram @Jentikhati, memaparkan kos pengurusan jenazah di sebuah masjid termasuk perkhidmatan memandikan jenazah, kain kafan, perkhidmatan imam serta kebumi waktu malam.

“Mula-mula fikir, tak mahal pun. Yang hidup dan masih bernyawa ini lagi mahal. Jadi, kalau ada duit lebih, gunakan untuk tabung khairat kematian, sedekah dan kongsikan rezeki.

“Buat baik sahaja sesama manusia, rajinkan diri pergi masjid dan surau. Ringankan tulang bantu uruskan jenazah orang lain. InshaAllah mati nanti adalah orang bantu.

“Lagipun bila kita mati urusan kita dekat dunia tak perlu fikir dah. Sudah jadi tanggungjawab orang lain pula untuk uruskan,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, ramai pengguna media sosial menasihatkan agar membayar khairat kematian mengikut kawasan masing-masing.

“Sebaik-baiknya ambillah khairat kematian. Setahun ikut pada tempat dan masjid. Macam saya setahun RM60 sahaja. Sekiranya kita pergi nanti, tak menyusahkan ahli keluarga,” komen @Symz67.

“Tak banyak pun bayar RM50 setahun, andai segala urusan kematian nanti pihak masjid yang uruskan bagi tidak menyusahkan waris yang tinggal,” komen @Elly16. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI