fbpx
Penerbangan itu dibatalkan selepas seorang wanita mendakwa pesawat akan meletup. - Douyin

Wanita jerit pesawat akan meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Sebuah penerbangan komersial dari Hong Kong ke China dibatalkan selepas seorang wanita menjerit menyatakan pesawat yang dinaiki akan meletup sebelum berlepas, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku dalam penerbangan UO272 milik syarikat penerbangan HK Express, baru-baru ini. 

Selain menjerit pesawat itu akan meletup, dia cuba untuk keluar daripada kapal terbang dan mencetuskan panik kepada penumpang lain. 

Juruterbang segera membatalkan pelepasan dan membuat pusingan-U untuk kembali ke tempat letak pesawat. 

Rakaman video dimuat naik di platform Douyin menunjukkan sejumlah penumpang sedang mengumpulkan barangan mereka sambil menunggu untuk keluar daripada pesawat. 

Polis Hong Kong berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pukul 6.07 petang (waktu tempatan) dan memberkas seorang wanita berusia 40 tahun. 

“Hasil siasatan mendapati unsur jenayah, manakala berkait dengan kesihatan mental. Wanita terbabit dibawa ke hospital untuk pemeriksaan,” kata polis. 

HK Express mengesahkan bahawa penerbangan UO272  kembali beroperasi selepas pesawat memenuhi syarat-syarat keselamatan. 

Di bawah undang-undang Hong Kong, menyampaikan ancaman bom palsu di lapangan terbang atau dalam pesawat adalah kesalahan jenayah.

Pesalah berdepan denda HK$150,000 (RM75,710) dan penjara sehingga lima tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI