fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek meninggalkan kekasihnya semasa dikejar polis. - Channel 7

Lelaki kena kejar polis lari tinggal kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang penagih dadah di Thailand mengundang perhatian ramai apabila sanggup meninggalkan kekasihnya yang terjatuh dari motosikal semasa melarikan diri daripada polis, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Jalan Rojana, bandar Ayutthaya. 

Rakaman video dikongsi di media sosial menunjukkan suspek dikenali sebagai Jirapong, 29, menunggang motosikal pada kelajuan tinggi semasa dikejar oleh dua pegawai polis sebelum hilang kawalan, menyebabkan kekasihnya terjatuh di atas jalan raya. 

Dia bagaimanapun meninggalkan wanita itu dan melarikan diri. Suspek bagaimanapun diberkas selepas terbabas di tepi jalan. 

Wanita itu cuba menghampiri Jirapong untuk melihat keadaannya, namun dia diarah untuk menjauhkan diri dan berdepan tindakan undang-undang jika membantu suspek. 

Polis menemukan tiga biji pil methamphetamine pada suspek sebelum dia dibawa ke balai untuk disoal siasat.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI