fbpx
KHIDMAT bomba digunakan bagi membuka pintu rumah yang berkunci di Seri Iskandar, Parit hari ini.

Mayat lelaki dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah rumah berkunci di Persiaran Pekeliling Iskandar 10, Seksyen 8, Seri Iskandar, di sini hari ini

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.20 petang bagi bantuan membuka pintu rumah berkunci.

Katanya, setibanya anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar di lokasi, mereka dimaklumkan terdapat seorang mangsa dalam rumah dan selepas pintu dibuka, seorang lelaki ditemukan di bahagian dapur dalam keadaan terlentang.

“Petugas kesihatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI