fbpx
Abdul Shukur (tiga dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan Duta Kesedaran Kanser Serviks kepada wakil wanita Orang Asli Semaq Beri di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

50 wanita Orang Asli jadi duta kesedaran kanser serviks – LPPKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melatih 50 wanita Orang Asli di seluruh negara sebagai duta dalam usaha memperluaskan kempen kesedaran kanser serviks dalam kalangan komuniti tersebut.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Abdul Shukur Abdullah berkata, inisiatif dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan langkah strategik mencapai eliminasi kanser serviks dalam kalangan wanita di negara ini.

“Pendekatan ini juga bagi memperluas akses saringan dalam kalangan wanita Orang Asli dan pedalaman.

“Duta akan dilatih dan diperkasa dengan pengetahuan berkaitan kanser serviks serta kaedah pengambilan sampel ujian HPV DNA secara kendiri, sebelum menyampaikan maklumat menggunakan pendekatan dan bahasa komuniti sendiri,” katanya ketika merasmikan sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Terengganu hari ini.

Abdul Shukur berkata, sebagai permulaan, seorang wanita suku Semaq Beri di Sungai Berua dilantik sebagai duta dan akan melaksanakan sekurang-kurangnya lima sesi kesedaran kanser serviks dalam komuniti masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI