fbpx
Nawal Shahirah yang dilaporkan hilang, malam semalam.

Di mana Nawal Shahirah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir dilihat di sebuah kondominium di Seksyen 14, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan kira-kira jam 10.34 malam semalam.

Menurut beliau, mangsa dikenali sebagai Nawal Shahirah Mohd Jamil dan kali terakhir dilihat sekitar pukul 11 malam di lokasi berkenaan sebelum gagal dihubungi oleh ahli keluarganya.

“Bertindak atas laporan yang diterima, polis telah membuka kertas siasatan sebagai kes orang hilang dan usaha mengesan mangsa kini sedang giat dijalankan.

“Mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter dengan berat 65 kilogram, berkulit hitam manis, berbadan sederhana serta berambut panjang berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, ketika kali terakhir dilihat, mangsa dipercayai memakai baju berwarna kelabu gelap dan seluar panjang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-923 1558 atau 03-7874 2222 / 03-7966 2222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN