fbpx
Polis menerima laporan kehilangan Muhammad Razin Rizqi, petang semalam.

Keluarga rayu bantu kesan Muhammad Razin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang remaja, Muhammad Razin Rizqi Mohd. Rosdi, 15, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Selamat, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan itu pada pukul 4.05 petang semalam.

Remaja itu berketinggian 150 sentimeter dengan berat 50 kilogram, berkulit putih dan berambut gaya ‘fringe’.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju T berwarna putih dan seluar jeans biru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-949 5707. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN