fbpx
Lelaki dari Kelantan yang bertugas sebagai imam di salah sebuah masjid di China.

[VIDEO] Orang Kelantan jadi imam masjid di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang imam masjid di sebuah wilayah di China mencuri perhatian netizen selepas identitinya sebagai anak jati Kelantan terbongkar menerusi video tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik seorang pelancong dari Kelantan, lelaki berkenaan dilihat sedang membaca al-Quran di dalam sebuah masjid sebelum ditegur dalam loghat negeri tersebut.

Lebih mengejutkan, apabila ditanya sama ada pernah makan budu, imam tersebut bukan sahaja tersenyum malah mengakui dirinya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan terus mempelawa pelancong berkenaan berkunjung ke rumahnya.

“Demo orang Kelantan ke?” soal pelancong itu.

“Ya, kawe orang Kelantan,” jawab imam berkenaan dengan fasih, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan rasa tidak percaya pelancong tersebut.

Video berkenaan pantas meraih ribuan tontonan dan perkongsian orang ramai, dengan rata-ratanya kagum melihat anak Kelantan mampu menjadi imam masjid di negara China, sekali gus mencerminkan kehebatan umat Islam Malaysia di luar negara.

Ramai menyifatkan pertemuan itu sebagai bukti ukhuwah Islamiah merentas sempadan, selain bangga dengan identiti rakyat Kelantan yang masih mengekalkan loghat dan budaya walaupun menetap jauh di perantauan.

“Bukan setakat boleh cari budu, jadi imam kat China pun boleh. Bangga jadi orang Kelate,” jelas Mat Wan Pitt.

“Loghat Kelantan tak boleh sorok, dengar terus tahu kampung mana,” ujar Wani Syazwani. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN