fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang di Perak, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di lima negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Batang Padang dan Muallim manakala Selangor di Hulu Selangor dan Gombak,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sibu (Selangau) dan Kapit (Kapit).

“Sementara itu cuaca buruk di Sabah dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” kata MetMalaysia.

Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI