fbpx
ARSENAL terdesak untuk meraih kemenangan menentang Leeds bagi mengukuhkan kedudukan di persada selain menamatkan rentetan tiga aksi tanpa menang. - AFP

EPL: Arsenal mula rasa terdesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal bakal turun beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu ini dengan harapan mampu untuk meraih kemenangan selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan lalu.

Kekalahan kepada Manchester United minggu lalu menyaksikan kedudukan selesa Arsenal di persada liga semakin terancam ketika ini apabila mereka sekadar memiliki kelebihan empat mata berbanding Manchester City dan Aston Villa.

Menjelang aksi menentang Leed United di Elland Road awal pagi esok, skuad kendalian Mikel Arteta tidak mempunyai pilihan kecuali memenangi perlawanan untuk meredakan tekanan dan kembali mencipta jurang kelebihan.

Biarpun di atas kertas The Gunners dilihat mampu menang menentang Leeds yang berada di kedudukan ke-16 ketika ini, namun Elland Road mungkin tidak mudah untuk mereka apabila skuad kendalian Daniel Farke hanya tewas dua aksi di tempat sendiri musim ini.

Leeds juga ketika ini berjaya merekodkan aksi tanpa kalah dalam lima perlawanan terakhir di laman sendiri, malah mereka juga cukup tajam apabila meledak 10 gol dalam 11 perlawanan setakat ini.

“Kami perlu memberikan respons terhadap keputusan-keputusan perlawanan sebelum ini. Kami akan membuat persiapan terbaik kerana ada momen yang mampu mengubah keseluruhan situasi, kami sedar mengenai perkara itu,” katanya.

Arteta turut memberi jaminan bahawa bakal menurunkan khidmat penggempurnya, Kai Havertz pada aksi bertemu Leeds selepas pemain itu mencapai tahap kecergasan terbaik ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Kairat kelmarin.

Bagaimanapun, berita kurang enak buat peminat Arsenal adalah melibatkan situasi kecederaan dua pemain pertahanan mereka, William Saliba dan Jurrien Timber yang menyebabkan Arteta perlu membuat sedikit perubahan di bahagian pertahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN