fbpx
PEDRO meledak dua gol ketika Chelsea berjaya membenam cabaran Napoli untuk mara ke pusingan 16 terbaik secara automatik. - AFP

UCL: Dua gol Pedro bantu Chelsea mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPLES – Chelsea menamatkan saingan liga sepusingan (round-robin) Liga Juara-Juara (UCL) dalam kelompok lapan terbaik selepas menang 3-2 ke atas Napoli di Stadium Diego Armando Maradona awal pagi semalam.

Turun dengan misi wajib menang, skuad kendalian Liam Rosenior itu mendahului perlawanan hasil sepakan penalti Enzo Fernandez sebelum tuan rumah bangkit menjaringkan dua gol menerusi Antonio Vergara dan Rasmus Hojlund.

Bagaimanapun, The Blues yang menampilkan aksi lebih baik di separuh masa kedua kembali berada di depan 3-2 menerusi dua jaringan Joao Pedro yang memanfaatkan hantaran pemain gantian, Cole Palmer.

“Apa yang paling penting adalah kami dapat meneruskan kemaraan pada pertandingan ini, jadi saya sangat gembira. Permainan hari ini (semalam) sedikit berbeza kerana tidak pernah dipraktikkan sebelum ini.

“Pemain-pemain menjalankan tugas yang sangat baik dan saya yakin ia akan menjadi lebih baik. Buat masa sekarang, kami lega kerana tidak perlu bermain dalam aksi playoff nanti,” kata Rosenior.

Sementara itu, beliau turut memuji impak yang diberikan Palmer pada perlawanan tersebut meskipun dia masih belum berada pada terbaik selain berdepan spekulasi berhubung masa depannya di Chelsea.

“Aksi dipamerkan Cole (Palmer) cukup baik walaupun kita tahu kecergasannya masih belum 100 peratus. kami perlu menguruskan dia sebaik mungkin kerana masih banyak perlawanan perlu diharungi selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN