fbpx
Tangkap layar rakaman papan pemuka sebuah Myvi memandu dalam keadaan berbahaya di Cheras, Kuala Lumpur.

[VIDEO] Myvi nyaris langgar pejalan kaki ketika kejar kereta lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berbahaya seorang pemandu kereta termasuk nyaris melanggar pejalan kaki, mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menerusi hantaran seorang pengguna TikTok, @Findingcahaya, rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu secara melulu sebelum berpatah balik selepas mengelak seorang pejalan kaki, dipercayai bagi mengejar kenderaan lain.

“Tengok Myvi merah W** 6*** itu. Mula-mula hampir melanggar pejalan kaki yang memakai kasut putih. Selepas itu, dia membunyikan hon kepada semua orang dan tiba-tiba hampir melanggar kereta saya.

“Sedangkan ketika itu saya membawa bayi berusia setahun untuk dihantar ke taska awal pagi. Berjaga-jagalah semua orang,” katanya.

Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila pemandu terbabit dilihat membunyikan hon tanpa henti ketika mengejar kenderaan lain, selain membuka pintu sebelah pemandu ketika kenderaan masih bergerak.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok, @MusfieraHamrun, turut berkongsi pengalaman buruk berdepan pemandu yang sama.

“Saya pernah melalui kejadian hampir sama dengan kereta ini di Tasik Permaisuri, Cheras. Dia memandu rapat, membuka pintu sebelah pemandu dan membunyikan hon sepanjang jalan,” ujarnya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pemandu terbabit kerana disifatkan membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

“Kenapa masa dia buka pintu, dia tak terkeluar sahaja daripada kereta? Biar tergilis kereta sendiri,” komen @San_who.

“Sanggup berpatah balik semata-mata untuk membunyikan hon pada kereta awak walaupun tiada sebarang isu,” komen @Pujanggakasih. – KOSMO! ONLINE

@findingcahaya Korang tengok je Myvi Merah WC2678V tu. Mula-mula nak langgar pejalan kaki pakai kasut putih tu. Lepas tu melalut hon semua orang, sampai nak langgar kereta aku tiba-tiba. Dah la aku bawa baby umur 1 tahun nak hantar pergi taska awal pagi. Berjaga-jaga lah korang. Area Pandan Perdana / Cheras KL #viral @PenMerahDotCom #dashcammalaysia #cheras ♬ original sound – Cahaya~

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN