PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Perak, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir dilaporkan melanda Kerian dan Larut, Matang dan Selama di Perak.
Selain itu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) di Sarawak turut terlibat dalam cuaca buruk itu.
“Bagi Sabah, hujan lebat berterusan melanda Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” katanya. –KOSMO! ONLINE














