fbpx
RAMOS dikatakan telah membuat bidaan awal untuk menjadi pemilik penuh Sevilla yang satu ketika dahulu pernah dilabel gergasi Sepanyol. - AFP

Ramos bayar RM1.8 bilion beli Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEVILLE – Misi bekas tonggak antarabangsa Sepanyol, Sergio Ramos untuk menjadi pemilik kelab Sevilla bermula selepas dilaporkan telah membuat rundingan rasmi dengan bidaan sekitar €400 juta (RM1.8 bilion).

Sebagai rekod, karier Ramos yang kini berusia 40 tahun sebagai pemain profesional semakin di penghujung selepas bergelar ejen bebas apabila kontraknya kelab Mexico, Monterrey berakhir bulan lalu.

Kini, Ramos sedia untuk memasuki fasa baharu dalam kariernya apabila melakukan kerjasama dengan hartawan Argentina, Martin Inca untuk menjadi pemilik baharu Sevilla.

Sebelum ini, sebuah konsortium Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Antonio Lappi dan Fede Quintero dikatakan menjadi calon utama untuk mengambil alih kelab berpangkalan di Andalusia itu.

Namun, tawaran mereka tidak mencapai nilai minimum yang diletakkan oleh pengurusan semasa Sevilla sekali gus tewas kepada bidaan yang diketuai bekas kapten Real Madrid itu.

Pada awalnya, pemilik majoriti semasa Sevilla meletakkan tanda harga sekitar €500 juta (RM2.3 bilion), tetapi konsortium Ramos berjaya mencapai persetujuan prinsip sekitar €400 juta.

Jika urus niaga ini disahkan dalam masa terdekat, Ramos dijangka melakukan perubahan besar pucuk pimpinan tertinggi pengurusan kelab nanti.

Presiden kelab ketika ini, Jose Maria del Nido Carrasco berkemungkinan besar akan berundur dan pengganti baharu akan segera dilantik sekali gus memberi sinar baharu buat Sevilla untuk mencabar gelaran La Liga pada masa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN