Saya akui, apa-apa spesies peacock bass merupakan ikan pendatang di negara kita. Ia akan merosakkan ekosistem perairan tempatan dengan memusnahkan benih-benih ikan asli kita. Namun, spesies ikan dari Amazon ini telah merebak di perairan seluruh negara kita, terutamanya Cichla monoculus yang telah ada di sini sejak 25 tahun dahulu. Bermula sebagai ikan hiasan dimport, ia menjadi kegilaan ramai berikutan rupanya seperti ikan siakap yang garang dengan warna kehijauan bercampur kuning dan jingga menyerlah. Apa yang tidak disedari, lama-kelamaan ikan ini……














