fbpx

Yili Kekalkan Kedudukan dalam 500 Jenama Paling Berharga di Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAVOS, Switzerland, 28 Januari 2026  /PRNewswire/ — Tanggal 20 Januari 2026, Brand Finance Global 500 2026 telahpun dikeluarkan di Davos, Switzerland. Yili Group, pengilang produk tenusu yang terkemuka di Asia menduduki tempat ketiga antara jenama-jenama makanan global dengan nilai jenama mencecah USD14.5 bilion.

Yili Retains Position in World’s 500 Most Valuable Brands
Yili Retains Position in World’s 500 Most Valuable Brands

Dengan terus-menerus mengoptimumkan pengurusan rantaian bekalannya, mempelbagaikan portfolio produk dan mempererat kolaborasi dengan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana, Yili menarik minat sejumlah besar pengguna baharu, seterusnya memacu peningkatan nilai jenama yang ketara sebanyak 29.2% yang menjadi pertumbuhan terpantas dalam sektor makanan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yili mencapai pertumbuhan antarabangsa dengan berpegang teguh pada prinsip "pola fikir global, operasi tempatan". Pada peringkat global, Yili terus-menerus mengoptimumkan peruntukan kapasiti pengeluaran dan persediaan rantaian bekalannya. Dari segi sumber, ia mendapatkan bahan mentah premium di seluruh dunia bagi menyokong produk-produk yang berkualiti tinggi. Dari segi inovasi pula, ia memanfaatkan sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) termaju global bagi mengubah kelebihan teknologi menjadi daya saing produk yang berkekalan. Dalam pasaran, Yili terus-menerus meningkatkan penembusan pasaran luar negara dan pengiktirafan jenamanya dengan memanfaatkan operasi setempat serta mengkoordinasikan saluran global untuk bertindak balas dengan pantas kepada permintaan pengguna yang berbeza-beza.

Setakat ini, Yili menubuhkan 15 pusat R&D dan inovasi serta 81 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia. Produk-produknya yang pelbagai, termasuk susu cair, susu tepung, yogurt, keju dan aiskrim, dijual di lebih 60 negara dan wilayah, lantas menggambarkan pengaruh global jenama ini yang semakin berkembang.

Brand Finance ialah badan rundingan bebas yang terkenal di dunia bagi penilaian dan strategi jenama. Brand Finance Global 500 2026 yang berasaskan penyelidikan dan penilaian sistematik merentas 193 negara dan wilayah, dikeluarkan setiap tahun semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia di Davos. Laporan ini diiktiraf atas pengaruh dan kredibiliti antarabangsanya yang meluas.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4871663_MS71663_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI