fbpx

Xinhua Silk Road: Indeks diperkenalkan kepada penggiat industri bagi menilai pasaran perkapalan, komoditi global di Timur China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 28 Januari 2026 /PRNewswire/ — Dua laporan indeks yang menggambarkan pembangunan saluran logistik maritim global 2025 dan logistik komoditi pukal di pelabuhan-pelabuhan Shandong dikeluarkan buat julung kalinya di bandar Qingdao baru-baru ini.

Indeks-indeks ini, seperti mana yang diperkenalkan oleh Xinhua Indices Institute, merujuk kepada Indeks Pembangunan Koridor Maritim Global dan Indeks Komoditi Pukal Pelabuhan Xinhua-Shandong yang kedua-duanya adalah berasaskan sejumlah besar data masa nyata bagi menggambarkan situasi masing-masing dengan tepat.

Indeks yang pertama, menerusi subindeks iaitu Indeks Koridor Perkapalan Utama meningkat 12.3 peratus tahun ke tahun kepada 109.91 mata menjelang akhir tahun 2025, memperlihatkan kebingkasan saluran perkapalan marin yang utama dan dalam masa yang sama menunjukkan pengaruh yang semakin meningkat daripada faktor-faktor geopolitik.

Tahun lalu, koridor perkapalan maritim utama dan penting berlainan dari segi kebingkasan dan antara koridor-koridor berkenaan, laluan air maritim Asia berkemungkinan menjadi tumpuan baharu bagi pengangkutan maritim global.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan koridor maritim, prestasi perkhidmatan kluster pelabuhan global kelihatan berperingkat-peringkat pada tahun 2025 dan antara 19 kluster pelabuhan utama yang ditinjau di seluruh dunia, kluster pelabuhan China memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global.

Dibandingkan dengan rakan setara asing mereka, kluster pelabuhan China menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek termasuk daya pemprosesan barangan, kapasiti pengendalian kontena dan pembangunan bersepadu antara pelabuhan, industri dan juga bandar.

Sebagai contoh, kluster pelabuhan Shandong tersenarai pada peringkat pertama berdasarkan kapasiti pengeluarannya yang menarik perhatian, sokongan daripada daerah pedalaman pelabuhan, keupayaan operasi, pembangunan berkualiti tinggi, pembangunan terkoordinasi dan rejim perkhidmatan yang komprehensif.

Laporan indeks yang kedua pula, iaitu Indeks Komoditi Pukal Pelabuhan Xinhua-Shandong mendedahkan aktiviti yang berterusan berbanding logistik, penyimpanan dan perdagangan hadapan bagi komoditi pukal tertentu di pelabuhan-pelabuhan Shandong.

Pada tahun 2025, Indeks Paras Aktif Kapasiti Tangki Minyak Mentah Pelabuhan SPG Xinhua, iaitu subpenunjuk bagi Indeks Komoditi Pukal Pelabuhan Xinhua-Shandong, meningkat sedikit dan pernah mencecah 2054.64 mata pada 28 November, meningkat 105.46 peratus daripada data sebanding dalam tempoh asas.

Subindeks lain turut mendedahkan permintaan yang bingkas terhadap bijih besi pada tahun lalu dan apabila transformasi tenaga membentuk semula logik penentuan harga sulfur, iaitu satu bahan mentah industri yang utama untuk bateri tenaga baharu, Indeks Harga Sulfur Pelabuhan SPG Xinhua mencapai paras tertinggi tahunan pada 11 Disember, melonjak 168.97 peratus berbanding awal tahun.

Para penganalisis percaya bahawa data ini berkesan membantu meningkatkan ketelusan pasaran komoditi pukal dan menyediakan rujukan utama bagi tujuan pembuatan keputusan untuk perusahaan-perusahaan huluan dan hiliran yang berkaitan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/349341.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4871837_MS71837_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI