fbpx

Bina Tulang Belakang Pembuatan PV Pintar: Taman Industri PV Pintar SKYWORTH Raih Pencapaian Pasang Struktur Bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHENZHEN, China, 28 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 26 Januari 2026, struktur utama bagi Taman Industri Fotovolta Pintar SKYWORTH telahpun dipasang secara rasmi di Daerah Guangming, Shenzhen, China. Pencapaian penting ini menyaksikan langkah ke hadapan yang penting dalam strategi jangka panjang SKYWORTH dalam sektor tenaga boleh baharu global dan menonjolkan komitmen syarikat dalam membina ekosistem industri fotovolta yang berorientasikan masa depan.

Dibangunkan secara bersama oleh SKYWORTH PV dan SKYWORTH Group Construction & Development, serta dibina oleh China Construction Eighth Engineering Division, projek ini membawakan integrasi mendalam antara pembuatan pintar, teknologi hijau dan perancangan industri berskala besar. Ia turut menggambarkan kolaborasi yang berkesan antara perusahaan dan kerajaan tempatan bagi mempercepat pembangunan industri pembuatan termaju dan juga industri lestari.

Sejak dari peringkat awal, Taman Industri PV Pintar SKYWORTH direka untuk melangkaui konsep tradisional kemudahan pembuatan. Dengan jumlah keluasan tanah mencecah 63,930.84 m² dan keluasan lantai kasar terancang pula mencapai 318,266.02 m², taman ini merangkumkan empat bangunan kilang dan kompleks asrama berbilang unit yang membentuk ruang industri yang komprehensif dan berstruktur baik. Reka letak ini bertujuan untuk menyokong penyelidikan teknologi, pengeluaran pintar dan pembangunan terkoordinasi merentas rantaian nilai fotovolta.

Pemasangan struktur bumbung utama merupakan lebih daripada sekadar satu pencapaian penting dalam kerja-kerja pembinaan—ia menonjolkan pewujudan asas fizikal yang kukuh untuk peringkat pertumbuhan SKYWORTH PV yang seterusnya. Seiring perkembangan penyiapan taman ini, ia akan mengupayakan sistemisasi dan skala yang lebih besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan bagi menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong inovasi yang berterusan, kecekapan pengeluaran yang lebih tinggi dan pengembangan kapasiti dalam tempoh jangka panjang.

Di majlis ini, Cik Wanfei Qu, Ketua Pegawai Maklumat SKYWORTH Group, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif SKYWORTH PV, menggariskan visi strategik di sebalik projek ini:

"SKYWORTH PV tetap komited terhadap model pembangunan bersepadu ‘PV + pembiayaan inklusif + teknologi digital.’ Pemasangan struktur bumbung taman industri ini menyaksikan langkah yang amat penting menuju pembangunan berskala dan pintar. Pada masa akan datang, tapak ini akan berfungsi sebagai hab teras untuk R&D serta pembuatan dan kami menyasarkan untuk membangunkannya menjadi taman industri fotovolta penanda aras untuk Daerah Guangming, Shenzhen dan Kawasan Teluk Besar di China."

Memandang ke hadapan, Taman Industri PV Pintar SKYWORTH mendapat tempat untuk menjadi enjin utama bagi keupayaan inovasi dan pembuatan syarikat. Dengan mengintegrasikan R&D, pengeluaran dan kemudahan sokongan dalam satu platform berpadu, taman ini akan membantu memperkukuh kolaborasi rantaian bekalan, mempercepat lelaran produk dan meningkatkan keupayaan SKYWORTH PV untuk bertindak balas terhadap permintaan pasaran global.

Sebaik sahaja siap dan beroperasi sepenuhnya, taman industri ini dijangka akan menyumbang secara bermakna kepada penaiktarafan industri serantau, menyokong pembangunan pembuatan tenaga boleh baharu yang berkualiti tinggi dan memperteguh peranan SKYWORTH dalam memacu peralihan tenaga global.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4871759_MS71759_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI