RIYADH, Arab Saudi, 28 Januari 2026 /PRNewswire/ — Kementerian Industri dan Sumber Mineral telah mengumumkan kejayaan dengan berakhirnya Forum Mineral Masa Depan (Future Minerals Forum – FMF) edisi kelima, dengan rekod kehadiran peserta seramai 21,500, termasuk pemimpin pelaburan, ketua syarikat perlombongan utama, pakar dan tenaga mahir teknikal dari seluruh dunia.
Forum yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdulaziz di Riyadh dari 13 hingga 15 Januari 2026 itu menyaksikan pemeteraian 132 perjanjian dan Memorandum Persefahaman berjumlah USD26.6 bilion. Ini meliputi bidang kritikal termasuk penerokaan dan perlombongan, pembiayaan, penyelidikan dan pembangunan, inovasi, kelestarian, rantaian bekalan nilai tambah, serta industri perlombongan.
Dalam ucapan penutupnya, Tuan Yang Terutama Menteri Industri dan Sumber Mineral, Bandar Alkhorayef, menyatakan bahawa momentum yang belum pernah berlaku sebelum ini menunjukkan kemajuan merentasi ekosistem perlombongan global yang lebih luas. Beliau menekankan bahawa dalam tempoh lima tahun, Forum tersebut telah mencapai kemajuan pada kadar yang luar biasa, menjadi inisiatif bersama bagi semua pihak berkepentingan dan meletakkan asas untuk kerjasama sepanjang tahun.
Alkhorayef mengetengahkan bahawa kemajuan sebenar dikaitkan dengan mempercepat penerimagunaan teknologi perlombongan sebagai pemacu pertumbuhan utama. Beliau menyatakan usaha Kerajaan untuk memperbaharui rangka kerja pengawalseliaan dan menambah baik persekitaran pelaburan dengan mengkaji semula prosedur, mengemas kini peraturan, memperkemas proses pelesenan, menyediakan data geologi yang mudah diakses dan melancarkan program insentif untuk menyokong penerokaan dan menarik minat rakan kongsi di seluruh rantaian nilai.
Sepanjang tiga hari ini, lebih daripada 450 penceramah – termasuk menteri, wakil kerajaan dan pakar industri – meneroka perkongsian pelaburan, pembangunan komuniti, projek perlombongan baharu, pembuatan keputusan yang didayakan AI dan menyepadukan ekonomi tempatan ke dalam rantaian nilai perlombongan.
Pameran antarabangsa ini menampilkan 274 pempamer dan 13 astaka rasmi negara dari Australia, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis, Sweden, Austria, Brazil, Mesir, Maghribi, Pakistan, Sudan dan Mauritania. Pameran ini dianjurkan merentasi empat zon: jentera dan kelengkapan berat, inovasi teknologi terkini, syarikat global utama dan syarikat penerokaan kecil.
Maklumat Tentang Forum Mineral Masa Depan (Future Minerals Forum)
Forum Mineral Masa Depan (Future Minerals Forum – FMF), dilancarkan pada tahun 2022, merupakan platform utama dunia untuk industri mineral. FMF menghimpunkan kerajaan, organisasi antarabangsa dan pihak berkepentingan untuk membentuk masa depan industri mineral. Melalui Meja Bulat Menteri, persidangan dan pameran, perbualan global mengenai mineral menjadi tumpuan, memacu inovasi dan kerjasama ke arah masa depan yang mampan.
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2870686/Future_of_Minerals_Forum.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4865930_MS65930_6















