JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan pasukan bomba dan kebakaran bertelingkah dengan seorang pegawai polis selepas mereka dihalang untuk menggunakan jalan yang ditutup, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di simpang Masjid Raya Padang, wilayah Sumatera Barat kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rohmani.17 menunjukkan seorang pegawai polis menghalang jentera bomba yang sedang menyalakan siren.
Jentera tersebut ingin menuju ke sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak.
Pegawai polis itu berkata, laluan itu ditutup susulan Hari Bebas Kenderaan (Car Free Day).
Rakaman itu mejadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi. – AGENSI














