fbpx
Ammar Haikal diangkat sebagai juara sulung pertandingan X0 Camp! dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai, RM12,000.

‘Tak jadi juara TTMM tetapi julang kejuaraan lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IBARAT rezeki terpijak, bekas peserta Talk To My Manager (TTMM) Ammar Haikal bersyukur apabila tenaga dan masa dicurahkan akhirnya berbaloi sebaik dipilih sebagai juara pertandingan pencarian bakat baharu, XO Camp!.

Menurut Ammar atau nama lengkapnya Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, kejayaan yang diraihnya adalah bukti usaha tidak akan mengkhianati hasil.

“Saya pernah cakap dulu ketika di TTMM, saya mungkin tidak bergelar juara TTMM tetapi saya akan bergelar juara dalam pertandingan lain. Alhamdulillah saya dapat buktikan dengan menjuarai XO Camp!” katanya kepada HibGlam usai XO Camp! di Ruang Rama Petaling Jaya baru-baru ini.

Sekali lagi menyertai pertandingan nyanyian, Ammar yang juga anak kepada Ameng Spring itu berkata, dia sekadar ingin menimba ilmu dan meluaskan pengalaman dalam bidang nyanyian.

“Sejujurnya saya tak puas lagi belajar di TTMM. Di XO Camp! Saya banyak belajar perkara baharu seperti pengawalan pentas.

“Sewaktu sertai TTMM dulu, saya banyak menyanyi lagu rancak jadi mudah untuk saya kawal pentas. Dalam XO Camp! saya banyak bawa lagu balada. Jadi untuk kawal pentas itu agak susah,” jelasnya.

Bukan kabel

Ditanya tentang kemenangannya yang dikaitkan dengan status sebagai bekas peserta TTMM dan anak kepada penyanyi popular, kata Ammar, sebelum bersetuju untuk sertai XO Camp! dia meletakkan syarat.

“Sewaktu saya dipelawa oleh XO House untuk sertai pertandingan ini saya beri syarat supaya tiada unsur ‘bias’. Bila mereka beritahu ada barisan juri profesional yang akan menilai, baru saya setuju.

“Sejujurnya peserta lain juga hebat-hebat belaka. Mereka juga ada pengalaman dalam bidang nyanyian yang lebih luas daripada saya,” ujarnya yang menerima biasiswa berjumlah RM12,121 sebagai hadiah kemenangan.

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan tersebut, kata Ammar, dia masih belum ada perancangan buat masa sekarang memandangkan masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Saya masih belum fikir nak buat apa dengan duit ini. Sejujurnya saya pun tak sangka yang saya akan menang. Kita lihatlah nanti macam mana,” katanya.

Selain Ammar yang bergelar juara, kumpulan XO Jr yang dianggotai empat remaja lelaki dinobatkan sebagai naib juara. Sementara peserta solo, Fariq pula mendapat tempat ketiga.

Konsert XO Camp! menampilkan 10 finalis dalam kalangan penyanyi solo, berkumpulan dan duet. Kesemua peserta diberi tiga cabaran berbeza iaitu persembahan solo, duet bersama artis jemputan dan ‘battle’.

Antara artis popular yang diundang untuk berduet bersama finalis termasuklah Naim Daniel, Ismail Izzani, Iman Troye, Imran Ajmain, Aufahanie dan Zynakal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN