fbpx
KREN dan kontena dilihat di pelabuhan di Pyeongtaek, Korea Selatan pada 31 Julai 2025. – AFP

Trump ancam naikkan tarif terhadap Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan semalam bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas barangan Korea Selatan termasuk kereta, kayu dan produk  farmaseutikal selepas menuduh Seoul gagal memenuhi komitmen perjanjian perdagangan yang dimeterai bersama Washington.

Kenaikan  itu akan mengakibatkan tarif ke atas Korea Selatan meningkat daripada 15 kepada 25 peratus.

“Korea Selatan tidak memenuhi perjanjiannya dengan Amerika Syarikat(AS),” kata Trump di platform Truth Social.

Perubahan pendirian Trump yang ketara itu berlaku beberapa bulan selepas Washington dan Seoul memeterai perjanjian perdagangan serta keselamatan.

Di bawah perjanjian itu, Washington akan mengekalkan tarif sehingga 15 peratus ke atas barangan Korea Selatan termasuk kenderaan, alat ganti kereta dan farmaseutikal.

Ancaman terbaru Trump, jika dikuatkuasakan, akan mengubah keadaan tersebut.

Industri automotif  menyumbang 27 peratus daripada keseluruhan eksport Korea Selatan ke AS atau hampir separuh eksport kereta Korea Selatan.

Kenaikan tarif  itu boleh meletakkan eksport Korea Selatan dalam kedudukan kurang kompetitif berbanding  kuasa ekonomi lain  seperti Jepun dan Kesatuan Eropah. Kedua-duanya , mencapai perjanjian untuk tarif AS sebanyak  15 peratus. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN