fbpx

Daripada Impian menjadi Kenyataan: Toshiba dan Airbus Menerajui Masa Depan Penerbangan Berkuasa-Hidrogen dengan Motor Superkonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA, 27 Januari 2026 /PRNewswire/ — Ketika sektor penerbangan giat berusaha mencapai emisi CO₂ sifar bersih menjelang tahun 2050, inovasi yang melangkaui batasan bahan api penerbangan lestari kekal menjadi aspek yang penting. Di sinilah motor superkonduktor Toshiba memainkan peranannya: satu penyelesaian yang kompak, ringan dan berkuasa tinggi untuk sistem pendorongan elektrik. Dengan berat dan saiznya yang kurang satu persepuluh daripada motor kelas 2MW konvensional, pengurangan saiz dan berat yang drastik ini merupakan perubahan besar dalam sektor penerbangan, apabila setiap kilogram penting dan output yang tinggi amat diperlukan.


Alami Siaran Berita Multi Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/toshiba/9376851-en-toshiba-airbus-hydrogen-powered-superconducting-motors 

Less than one-tenth the weight and smaller than other 2MW-class motors with the same output power
Less than one-tenth the weight and smaller than other 2MW-class motors with the same output power

Dengan mengambil kira potensi motor prototaip yang mula diperkenalkan pada tahun 2022, pengeluar pesawat yang terbesar di dunia, Airbus, memulakan penyelidikan kolaboratif pada tahun 2024 untuk terus membangun dan meluaskan teknologi ini. Penandatanganan perjanjian perkongsian bersama yang berlangsung di Ekspo Aeroangkasa Antarabangsa Jepun 2024 menegaskan keazaman kedua-dua syarikat dalam mempromosikan inovasi aeroangkasa. Berdasarkan pengalaman selama lebih 50 tahun dalam teknologi superkonduktor, perkongsian ini menggabungkan inovasi Toshiba dan Airbus dalam program pendorongan hidrogen dan elektrifikasi pesawat menandakan langkah penting ke arah merealisasikan penerbangan emisi sifar.

An image of an aircraft equipped with a superconducting motor
An image of an aircraft equipped with a superconducting motor

Pesawat berkuasa hidrogen dijangka akan mentransformasikan perjalanan udara dengan menggantikan bahan api fosil dengan penyelesaian tenaga bersih. Hidrogen boleh membekalkan kuasa kepada pesawat dengan dua cara: membakarnya dalam turbin atau menukarkannya kepada tenaga elektrik dalam sel bahan api. Cara kedua adalah jauh lebih cekap kerana ia membolehkan pendorongan elektrik dengan emisi CO₂ sifar. Motor superkonduktor Toshiba memperkukuhkan kelebihan ini dengan beroperasi pada suhu kriogenik dan seterusnya, tiada rintangan elektrik, lalu memaksimumkan kecekapan tenaga. Hidrogen cecair yang disimpan pada persekitaran bersuhu -253°C berfungsi sebagai bahan api dan juga bahan pendingin, mewujudkan sinergi sempurna yang meningkatkan prestasi sekali gus mengurangkan berat, lalu membuka laluan menuju penerbangan lestari.

Selain penerbangan, Toshiba membayangkan teknologi motor superkonduktor sebagai enjin berkuasa untuk mobiliti lestari dalam pelbagai aplikasi. Reka bentuknya yang ringan dan beroutput tinggi serta kecekapan kriogenik menjadikannya amat sesuai untuk aplikasi berskala besar apabila berat dan tenaga menjadi sesuatu yang amat penting. Kegunaan pada masa depan yang berpotensi termasuk membekalkan kuasa kepada kapal generasi akan datang untuk pengangkutan maritim bersih serta system pendorongan untuk pengembaraan ke angkasa lepas.

Toshiba combines technologies to achieve a greater good
Toshiba combines technologies to achieve a greater good

Toshiba dan Airbus memilih laluan revolusioner menuju angkasa neutral-karbon, membentuk semula bidang penerbangan dengan motor superkonduktor serta sistem pendorongan berkuasa hidrogen. Kolaborasi ini lebih daripada sekadar kejuruteraan; ia merangkum visi mobiliti yang bebas daripada emisi karbon dan dalam masa yang sama menembusi perbatasan kecekapan baharu. Dengan menggabungkan superkonduktiviti dengan potensi hidrogen sebagai sumber tenaga bersih, perkongsian ini membentuk masa depan yang melaluinya pesawat berupaya terbang lebih jauh, lebih bersih dan lebih pintar.

Achieving Carbon Neutrality in industries and transportation with Toshiba

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855990_MS55990_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI