fbpx

ICP DAS-BMP di WHX Dubai 2026 Tonjol TPU Migrasi-Rendah dan Geseran-Rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HSINCHU, 27 Januari 2026 /PRNewswire/ — ICP DAS-BMP (Biomedical Polymers), iaitu pengilang dan pembekal TPU (poliuretana termoplastik) gred-perubatan yang berpangkalan di Taiwan, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam WHX Dubai 2026 (dahulunya dikenali sebagai Arab Health) yang akan berlangsung mulai 9 hingga 12 Februari di Dubai Exhibition Centre. Pengunjung boleh menemui pasukan ICP DAS-BMP di Reruai S7C117.

Image by ICP DAS-BMP
Image by ICP DAS-BMP

Sorotan penting daripada pameran tahun ini ialah dua inovasi TPU yang dapat memenuhi keperluan kritikal dalam pembuatan peranti perubatan: Siri Migrasi-Rendah dan Siri Geseran-Rendah.

TPU ARP-B20 Arothane™ Migrasi-Rendah mematuhi piawaian ISO 10993 dan sesuai untuk implantasi sehingga 90 hari. Ia meminimumkan migrasi aditif semasa pemprosesan, membantu kateter mengekalkan permukaan yang licin sepanjang hayat simpannya dan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai pilihan warna untuk reka bentuk yang fleksibel dan tersuai.

Siri Geseran-Rendah yang direkayasa dengan permukaan yang sememangnya licin, menghapuskan keperluan terhadap salutan tambahan atau pascapemprosesan. Diperbuat sepenuhnya daripada TPU dan bebas daripada PFAS atau pemplastik, ia memberikan kestabilan dalam tempoh jangka panjang tanpa lelehan permukaan atau migrasi aditif. Ciri-ciri geseran rendahnya sesuai dengan aplikasi yang memerlukan sisipan yang lancar, seperti tiub nasogaster dengan wayar panduan, sekali gus dapat mengekalkan keselamatan dan prestasi semasa penyimpanan dan juga penggunaan.

ICP DAS-BMP akan turut mempamerkan portfolio TPU yang luas untuk pelbagai aplikasi perubatan. Siri ARP, ALP dan ALC sesuai untuk peranti yang diklasifikasikan sebagai tempoh sentuhan Terhad (kurang daripada 24 jam), Berpanjangan (24 jam–30 hari) dan Jangka Panjang (lebih daripada 30 hari) di bawah ISO 10993-1. Bagi aplikasi radiolegap, ARP-B20 dan ALC-B40 (layak untuk implantasi 90 hari) dan siri ARP-W/WG (40–60% tungsten) memberikan kebolehlihatan yang dipertingkat untuk peranti invasif atau boleh implan. Siri EARP Engineering Arothane™ yang terkenal dengan ciri kejernihan dan kekuatan mekanikalnya, amat sesuai untuk komponen ortodontik, penyambung Luer-Lock dan peranti perubatan jitu yang lain.

Bahan-bahan ini bersama-sama menggambarkan komitmen ICP DAS-BMP dalam memajukan penyelesaian TPU yang lebih selamat, andal dan serba guna, seterusnya membantu pengilang peranti perubatan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang kian berkembang.

Latar Belakang ICP DAS-BMP 

ICP DAS-BMP, pengilang dan pembekal TPU terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, diperakui ISO 13485 dan mengendalikan makmal-makmal khusus yang memfokuskan pada pengurusan kualiti. Dengan memanfaatkan kepakaran automasi industri selama lebih tiga puluh tahun daripada syarikat induknya ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk dan mempercepat masa penghantaran. Syarikat ini komited kepada sokongan pascajualan yang responsif dan penyelesaian fleksibel, walaupun untuk kuantiti pesanan yang kecil demi menjamin kepuasan pelanggan serta memupuk jalinan perkongsian dalam tempoh jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864923_MS64923_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI