fbpx
TIGA pemandu lori menggantikan tangki diesel dengan air. - Foto Thairath

3 pemandu lori tangki kebas diesel, ganti air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tiga pemandu treler mencuri diesel bernilai lebih 3.6 juta baht (RM460,000) dengan cara menggantikanya dengan air sebelum dihantar ke sebuah kapal di Thailand, lapor portal Thairath hari ini.

Ketiga-tiga pemandu itu kemudian melarikan diri. 

Polis Sattahip sedang memburu mereka dengan memeriksa koordinat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) lori tersebut bagi mencari sebarang perhentian mencurigakan sepanjang perjalanannya.

Wartawan mendapat maklumat kejadian malam kelmarin selepas pengurus sebuah syarikat pengangkutan produk petroleum, Thanaporn Udomrattanakulchai membuat laporan polis.

Laporan di Balai Polis Sattahip itu meminta pihak berkuasa menyiasat tiga pemandu itu kerana   mengalihkan diesel darpadai lori masing-masing  dan menggantikannya dengan air.

Pemeriksaan mendapati setiap treler membawa 42,000 liter diesel, menjadikan jumlah keseluruhan 126,000 liter.

Nilai diesel bagi setiap treler adalah 1,218,000 baht (RM156,000), dengan jumlah kerugian melebihi 3,654,000 baht (RM467,000). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN